Thursday 16 June 2011

cerita seorang kawan....

salam alaik...alhamdulillah wa syukrillah...aku masih diberi peluang untuk menulis di alam maya ini...petang tadi alhamdulillah, aku berjaya menyempurnakan amanah yang diberi iaitu sebagai pengacara majlis walaupun ini kali pertama bagiku, namun semua itu aku jadikan sebagai pengalaman dalam hidup...k, ni sebagai mukaddimah jer, sebagai pembukaan tajuk yang dibincangkan...heeee..
Td aku ada chat dgn seorang kawan, menceritakan tentang kawan serumahnya..bukan mengumpat tp mau belajar tentang kehidupan manusia yang pelbagai ragam n amik pengajaran dari cerita tersebut. Kawan aku ni nmnya siti(bkn nm sebenar) telah difitnah oleh kawan serumahnya, x sangka kan, manusia nmpak baik di hadapan tp belakang kita dia burukkan tentang kita..bkn apa si siti ni bengang dengan kawan serumahnya, dah la mencuri, pastu fitnah plak si siti dekat kawan2 yang lain..pandai berdalih yang dia bukan mencuri, tapi dalam masa yang sama dia cerita plak kat orang lain yang dia dituduh mencuri. Allah bagi kelebihan kat dia pandai mencuri, menyebarkan cerita n mereka cerita, alangkah baiknya jika dia gunakan kelebihan tersebut ke arah kebaikan..
si siti ni hanya berdoa agar Allah menunjukkan kebenaran kepada kawan serumahnya bahawa cerita yang disebarkan tidak betul,malahan kes mencuri tu bukan main tuduh2 jer, tp siasat dahulu..ntahla, aku tidak percaya semua cerita tersebut dengan hanya mendengar sahaja tanpa siasat, namun aku mengharapkan agar manusia yang bersalah tu diberi petunjuk n berubah suatu hari nanti. manusia x sempurna n kebanyakan x kan mengaku dengan kelemahan yang ada, n yang x syoknya..asyik nk bercerita tentang keburukan orang lain, kenapa ek??aku menegur  diri aku juga....aku juga bukan berada dalam situasi n tempat yang sama dengan siti, namun aku percaya...setiap yang jahat pasti ada pembalasan, tunggu ketentuan dari Allah yang akan menghukum bagaimana caranya, \tidak semestinya di dunia, di akhirat kelak sedang menanti.
moral of the story, manusia ni mcm2 perangai, bila dh biasa wat jahat dia  xakan rasa bersalah, n bagi yang teraniaya, adalah ujian Allah, supaya sabar n berhati2 dengan kehidupan yang penuh cabaran, tanpa ujian n tarbiyah x akan ada kemanisan iman, sebab itu iman penting bagi seseorang muslim, sebab iman dapat menjaga diri seseorang individu itu dari keburukan, menguatkan semangat dengan cabaran yang bertubi2, apa yang penting iman itu mendekatkan kita dengan Maha Pencipta..bagaimana untuk membina kekuatan iman ialah, kita mesti berzikir, beribadah sepertiga malam, bersangka baik,sabar,tolong menolong dan banyak lagi, bukan sahaja membina kekuatan iman, malahan pahala juga. kita bukan nak memburukkan orang tapi ambil cerita tersebut sebagai pengajaran n pikirlah bahawa kita xakan menjadi orang tersebut. aku cuba untuk menjadi yang terbaik, namun manusia x akan sempurna...aku hanyalah insan DHAIF, lemah...siapalah aku disisi manusia, lebih2 lagi dengan Allah...Wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment